Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

49) PELANTIKAN BADAN PENGURUSAN UPTOWN SEKSYEN 24

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah dan bagaimanakah proses pelantikan badan pengurusan Uptown Seksyen 24 yang telah mengalami kebakaran pada 15 Oktober 2014 lalu?

    Badan pengurusan Kompleks Muhibah (Uptown) Seksyen 24 Shah Alam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengawal dan menguruskan operasi Uptown Seksyen 24 Shah Alam adalah Syarikat Dataran Usahawan Selangor Sdn. Bhd (DUSSB).

    DUSSB merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1965, Suruhanjaya Syarikat Malaysia. DUSSB telah menguruskan Uptown Seksyen 24 Shah Alam mulai tahun 2006.

    Proses pelantikan DUSSB adalah melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 8/2006 bertarikh 19 April 2006 dan satu Perjanjian Kontrak Pengurusan Kompleks Muhibah Seksyen 24 Shah Alam telah ditandatangani diantara pihak Kerajaan Negeri Selangor dan pihak DUSSB. Kontrak tersebut telah tamat pada 31 Disember 2012 dan disambung semula mulai 1 Februari 2012 hingga 31 Januari 2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.