Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

243) PELANTIKAN HAKIM SYARIE

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat serta proses pelantikan seorang Hakim Syarie?

    Pelantikan Ketua Hakim Syarie adalah tertakluk di bawah peruntukan seksyen 56 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) Tahun 2015 yang telah digazetkan pada 13 Mei 2015. Berdasarkan peruntukan tersebut, seorang Ketua Hakim Syarie akan dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis. Syarat kelayakan Ketua Hakim Syarie adalah seperti di bawah subseksyen 56 (2) dan (3) iaitu –

     

    • seorang warganegara;

     

    • dan telah berkhidmat selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadhi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau Pegawai Syariah dalam Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Negeri atau

     

    • kombinasi mana-mana jawatan tersebut; atau telah menjadi Peguam Syarie sesuatu Negeri selama tidak kurang daripada lima belas

     

    • Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah adalah tertakluk di bawah seksyen 57 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan pelantikannya dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie. Hakim Mahkamah Rayuan Syariah tersebut akan memegang jawatannya selama tempoh tiga (3) tahun dan boleh dilantik semula sekiranya telah tamat tempoh tiga (3) tahun tersebut. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah adalah tertakluk kepada peruntukan subseksyen 58(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) dan pelantikannya dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie. Syarat kelayakan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah adalah seperti di bawah subseksyen 58(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 iaitu –

     

    • seorang warganegara Malaysia; dan

     

    • telah memegang selama sepuluh tahun jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau kombinasi mana-mana jawatan tersebut, atau Pegawai Syariah dalam Skim Perkhidmatan Am Awam Persekutuan dan Negeri; atau

     

    • telah menjadi Peguam Syarie sesuatu negeri selama tidak kurang daripada sepuluh

     

    Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah juga akan dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Ketua Hakim Syarie. Pelantikan tersebut hendaklah dibuat di kalangan anggota perkhidmatan awam am Negeri atau perkhidmatan bersama seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 59 Enakmen yang sama. Proses pelantikan Hakim Syarie juga perlu diwartakan dalam Warta Rasmi Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.