Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

102) PELANTIKAN KETUA KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah prestasi ketua-ketua kampung yang dilantik secara keseluruhan?

    Prestasi Ketua-ketua Kampung telah dinilai mengikut proses penilaian prestasi Ketua
    Kampung Negeri Selangor yang telah dirancang dan ditetapkan berdasarkan kriteriakriteria dan prosedur penilaian. Berdasarkan penilaian prestasi Ketua Kampung Negeri
    Selangor yang dinilai, hampir semua Ketua Kampung Negeri Selangor melaksanakan
    tugas dengan cemerlang dan baik. Mereka juga memberikan kerjasama dan komitmen
    yang sangat tinggi dalam tugas harian ataupun tugas semasa ke semasa selain
    mempunyai rekod peribadi yang baik dan bersih.

Lampiran

Tiada Lampiran.