Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

55) PELANTIKAN NAZIR MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ada beberapa aduan diterima dari masyarakat Islam setempat tentang jawatan Nazir yang dicalonkan berbanding AJK dan pegawai masjid yang dipertandingkan di seluruh negeri Selangor telah dilaksanakan baru-baru ini. Walaupun Kerajaan Negeri mempunyai alasan melaksanakan apa yang terkandung di dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor tetapi rata-rata pandangan musuh kita tidak bersetuju dengan kaedah pemilihan Nazir yang menurut mereka perlu dipertandingkan dari dipilih oleh Jemaah pemilihan. Ini kerana mereka khuatir Nazir yang dicalonkan melalui mesyuarat khas tersebut tidak dari kalangan mereka. Mohon penjelasan.

    Jawatan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid adalah amanah untuk mentadbirkan institusi umat Islam dengan tanggungjawab kepada Allah.

     

    Garis panduan telah dikeluarkan bagi memberi peluang kepada anak kariah mencalonkan nama dari kalangan mereka untuk menjadi Pegawai dan Jawatankuasa Masjid.  Kriteria calon hendaklah mempunyai kelayakan, keilmuan dan akhlak yang mulia.  Di samping itu, had umur calon telah ditetapkan tidak melebihi 60 tahun.

     

    Dari segi pelantikan, MAIS boleh melantik calon-calon yang dikemukakan oleh anak kariah untuk menjadi Pegawai dan Jawatankuasa Masjid.  Pelantikan ini tidak boleh dipolitikkan kerana kriteria calon yang sesuai sahaja akan dilantik.

     

    Terdapat ketidakpuasan hati oleh setengah calon adalah di peringkat minima kerana kepentingan agama dan umat Islam adalah diutamakan dari kepentingan individu dan kelompok.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.