Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

147) PELANTIKAN PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan sumbangan-sumbangan dan buah fikiran Penasihat Ekonomi Negeri Selangor tersebut yang telah diterapkan di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri?

    Penasihat Ekonomi melalui program roadshow Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat: Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di kesemua PBT Selangor telah berusaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negeri dengan penekanan terhadap keadilan sosial agar jurang kemiskinan dapat dirapatkan sebagai prinsip pemeliharaan harta.

    Keprihatinan terhadap rakyat inilah yang mendorong beliau mengusulkan Projek Khas Infrastruktur Daerah Negeri Selangor 2011 dengan peruntukan khas berjumlah RM100 juta kepada sembilan (9) Daerah. Fokus pelaksanaan projek adalah tertumpu kepada projek-projek yang kritikal di kawasan luar bandar dan kampung-kampung tradisi yang melibatkan kerja-kerja seperti berikut:-

    • Penyelenggaraan dan baik pulih jalan kampung ;
    • Bina dan baik pulih longkang ;
    • Baik pulih jambatan/titi ;
    • Baik pulih balai raya ;
    • Bina dan baik pulih kemudahan sukan ;  Bina dan baik pulih gerai luar bandar ; dan  Baik pulih Sekolah Rendah Agama (SRA).

Lampiran

Tiada Lampiran.