Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

78) PELANTIKAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana PeBT mampu meningkatkan penglibatan belia dalam masyarakat?

    Penggerak Belia Tempatan (PeBT) mampu meningkatkan penglibatan belia dalam masyarakat kerana PeBT merupakan ejen perubahan kepada golongan belia serta bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi.

    Melalui PeBT, program-program pembangunan belia dapat dilaksanakan berpandukan kepada 10 teras utama sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Belia Selangor iaitu Keusahawanan dan Pekerjaan, Kepimpinan dan Organisasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawanan, Kebudayaan dan Kesenian, Kesejahteraan dan Kesihatan, Sukan dan Kecergasan, Agama dan Spiritualiti dan Pengantarabangsaan. Dengan penglibatan aktif PeBT, maka hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha untuk melahirkan golongan generasi muda yang progresif, berdaya saing dan cemerlang akan tercapai.

Lampiran

Tiada Lampiran.