Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

223) PELARIAN DALAM DUN TERATAI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap pemegang lesen penjaja dan peniaga kecil yang mengali babakan lesen perniagaan?

    Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahbaik Undang-undang Kecil Penjaja PBT di mana syarat dan hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada peniaga kecil yang mengalibabakan lesen perniagaan. PBT juga telah melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut :

    i) Menyita barang yang dijual;

    ii) Merampas lesen / permit ; dan

    iii)Menyenaraihitamkan pemegang lesen / permit warga tempatan  yang menyewakan perniagaan kepada warga asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.