Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

242) PELEBARAN JALAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah agaknya rancangan kerajaan negeri untuk melebarkan jalan yang menjadi punca kesesakan agar memudahkan masyarakat khasnya di Dun Taman Templer?

    Jalan utama di bawah penyelenggaraan pihak JKR yang berada di dalam DUN Taman Templer adalah jalan Persekutuan FT001. Bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas terutamanya di kawasan mendaki berhampiran dengan Taman Amansiara, permohonan untuk menaiktaraf jaaln tersebut telah di serahkan pada 10 Februari 2020 keapda Caw. Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Lampiran

Tiada Lampiran.