Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

188) PELEBARAN JALAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada usaha dari Kerajaan Negeri untuk membesarkan jalan di KM 10 Selayang - Rawang lorong mendaki berhampiran susur masuk ke perumahan Taman Amansiara Selayang kerana kerap kali berlaku kesesakan terutama waktu beban puncak?

    Kawasan yang dimaksudkan adalah terletak di jalan persekutuan yang dikenali sebagai FT001 (Kuala Lumpur – Tanjung Malim). Punca utama kesesakan yang berlaku adalah disebabkan oleh geometri jalan yang memerlukan trafik membuat pendakian di mana kelajuan trafik akan menurun. Keadaan menjadi tambah runcing apabila melibatkan kenderaan berat yang banyak menggunakan jalan tersebut terutamanya pada waktu puncak.

    Pihak JKR Selangor sedang menyediakan kertas cadangan melibatkan cadangan pembinaan satu lorong tambahan mendaki bermula di KM 10 Selayang-Rawang sepanjang 900 meter yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM10.8 juta. Kertas ini akan dikemukakan ke Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk kelulusan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.