Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

131) PELUANG PEKERJA LADANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan atau langkah kerajaan negeri untuk membantu penduduk tempatan untuk mendapat pelung bekerja di estet dan ladang?

    Pengambilan pekerja tempatan atau asing tertakluk kepada pemilik-pemilik ladang atau   estet yang menguruskan ladang tersebut. Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa  mutlak dalam menentukan sama ada pemilik ladang mesti mengambil rakyat tempatan untuk bekerja.

     

    Walau bagaimana pun, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif di mana telah melancarkan Karnival Jom Kerja anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal  Insan di setiap daerah di Selangor. Melalui karnival ini, banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada penduduk setempat dengan syarikat tempatan mahupun luar dari daerah. Program ini akan diadakan dari semasa ke semasa bagi  membantu  mereka yang masih belum ditawarkan sebarang pekerjaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.