PELUANG PEKERJAAN
60) PELUANG PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Buat masa ini,hanya beberapa kilang sahaja masih beroperasi di Bukit Melawati. Sebahagian besar penduduk terpaksa berulang-alik ke Kapar, Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya untuk bekerja .Lima tahun dahulu, beberapa kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih kurang 3000 orang pekerja telah ditutup di kawasan Bukit Melawati. Apakah tindakan yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan mengkaji bagi kilang -kilang ini beroperasi semula ?
Selain mempromosikan tanah-tanah perindustrian yang masih kosong, Kerajaan Negeri melalui SSIC Berhad juga turut mempromosikan bangunan-bangunan kilang yang kosong sama ada untuk disewa ataupun dijual kerana terdapat juga permintaan terhadap kilang yang sedia ada oleh para pelabur.
Namun begitu, kesediaan para pelabur untuk membeli atau menyewa bangunan kilang-kilang tersebut didorong oleh pelbagai faktor seperti berikut;-
- Keluasan atau saiz bangunan.
- Kemudahan yang sedia ada.
- Rekabentuk bangunan.
- Jarak kawasan tersebut ke pelabuhan dan ke lapangan terbang.
- Kesesuaian tempat untuk sesuatu projek.
- Harga sewaan atau jualan yang ditawarkan oleh pemilik.
