Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

165) PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik peluang pekerjaan di Selangor dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut sektor.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pusat JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor dan Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO) statistik peluang pekerjaan di Selangor dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut sektor adalah seperti Jadual I di bawah :

    Jadual I : Statistik peluang pekerjaan di Selangor dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut sektor

    Bil Sektor Jumlah Jawatan
    1 Pegawai Kanan & Pengurus 31,859
    2 Profesional 62,187
    3 Juruteknik dan Profesional Bersekutu 78,675
    4 Pekerja Perkeranian 45,935
    5 Pekerja Perkhidmatan, Pekerja Kedai dan Jurujual 178,604
    6 Pekerja Mahir Pertanian dan Perikanan 12,026
    7 Pekerja Pertukangan dan yang berkaitan 74,636
    8 Operator Loji dan Mesin dan Pemasang 267,949
    9 Pekerja Asas 1,635,834
    10 Pertanian, Perhutanan & Perikanan 139,872
    11 Perlombongan dan Kuari 1,413
    12 Pembuatan 970,384
    13 Elektrikal 3,907
    14 Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa dan Pemulihan 11,223
    15 Pembinaan 588,529
    Jumlah Keseluruhan 4,103,033

     Sumber : Pusat JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor dan Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO)

Lampiran

Tiada Lampiran.