Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

33) PELUANG PEKERJAAN BIDANG BERKEMAHIRAN TINGGI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan khususnya bidang berkemahiran tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing?

    Kerajaan Negeri Selangor sangat komited dan mengambil  pelbagai  inisiatif dalam menyediakan peluang pekerjaan khususnya dalam bidang berkemahiran tinggi seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) merupakan langkah proaktif bagi melatih golongan belia dalam bidang kemahiran tinggi seperti Big Data Analytics, Internet Security dan program Expert Craftsmen in programmable logic controller (PLC) sedang dilaksanakan di bawah inisiatif SMART Technical Workforce dengan kerjasama Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC).

    Selain itu, Ensuring Employability Program (EEP) iaitu pemberdayaan graduan baru dengan bidang kemahiran tinggi yang memenuhi permintaan sumber tenaga manusia bagi industri bernilai tambah tinggi (high add value industry) dan pembuatan baru bernilai tinggi (new high value manufacturing) dalam sektor aeroangkasa, perubatan, kimia, elektrik dan elektronik yang merupakan lima industri yang telah dikenal pasti. Program ini menjuruskan pelatih dan syarikat yang terlibat ke arah mewujudkan revolusi industri 4.0.

    Selain itu, bagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia seiring dengan keperluan industri satu kerangka pelan komprehensif IKTISASS sedang dirangka dengan mengambil kira semua penggiat industri dengan kerjasama Invest Selangor, Perbadanan Menteri Besar (MBI), MARA Aero-Tech, Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) dan persatuan industri untuk menyediakan pelan latihan kepada sumber tenaga manusia yang memenuhi kriteria industri dengan menyediakan modul latihan yang akan dirangka khas supaya subjek-subjek dalam pengajian atau latihan selaras dengan keperluan industri. Oleh itu, dengan usaha yang diambil Kerajaan Negeri yakin dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.