Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

213) PELUANG PEKERJAAN DAN HARTANAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bandar Baru Bangi mempunyai polisi mengutamakan dari segi peluang pekerjaan dan membeli hartanah kepada penduduk tempatan. Sejauh manakah pihak pengusaha hartanah terutama PKNS berunding dengan Wakil Rakyat dan Persatuan penduduk bagi memberi keutamaan penduduk setempat memiliki hartanah, khususnya premis kedai?

    PKNS menjual rumah secara terbuka dengan mengiklankan di media di mana , tawaran jualan dibuat secara ‘siapa cepat dia dapat’. Sekiranya terdapat lebihan permintaan PKNS akan menggunakan sistem mata di mana mata tambahan diberikan kepada penduduk setempat, bumiputera, pemilikan harta pertama dan keupayaan kewangan

Lampiran

Tiada Lampiran.