Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

131) PELUANG PEKERJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan dan swasta di Negeri Selangor untuk tahun 2020?

    Mengikut data yang diperolehi daripada Portal JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja, kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan dalam negeri Selangor adalah seperti berikut:

    TAHUN JUMLAH KEKOSONGAN
    2019 191,089
    2020 (sehingga Jun 2020) 72,751

Lampiran

Tiada Lampiran.