Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

121) PELUANG PEKERJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang memberikan peluang perniagaan kepada para belia dan beliawanis untuk memulakan kerjaya dalam bidang perniagaan, pertanian, perladangan, perindustrian dan pelancongan?

    Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan program untuk memberi peluang perniagaan kepada para belia dan beliawanis iaitu di bawah Program Hijrah Selangor yang telah bermula pada Mac 2015.

    Program ini merupakan program Mikrokredit Bersepadu bertujuan untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor melalui penyaluran modal. Modal ini disalurkan secara efisien kepada golongan kurang berkemampuan yang layak dan penjaja serta peniaga-peniaga kecil yang terlibat di dalam bidang perniagaan, pertanian, perladangan, perindustrian dan pelancongan. Dalam memastikan matlamat program ini tercapai, Hijrah Selangor telah menawarkan 2 jenis skim pinjaman iaitu :

    1. Pinjaman berbentuk modal tambahan (RM1,000,00 – RM50,000.00); dan
    2. Pinjaman Zero To Hero HIJRAH Selangor memilih dan melantik Anchor Company yang berpotensi untuk melaksanakan system mentoring (melatih dan memantau). Usahawan akan diberikan latihan dan peralatan perniagaan untuk memulakan perniagaan dengan nilai maksimum RM5,000.00 dengan pemantauan selama 6 bulan daripada Anchor Company.

Lampiran

Tiada Lampiran.