Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

240) PELUANG PEKERJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peluang pekerjaan yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh 2013 hingga Februari 2015?

    Tawaran pekerjaan untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Selangor sama ada secara lantikan tetap, kontrak atau sambilan dibuka kepada orang ramai dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan Jabatan dan bahagian berkaitan. Peluang pekerjaan yang ditawarkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh tahun 2013 hingga Februari 2015 adalah sebanyak 1,439 Perinciannya adalah seperti berikut:

    Tahun Tawaran Pelantikan
    Tetap Kontrak Sambilan
    2013 399 177 29
    2014 519 214 57
    Februari 2015 Tiada 31 13
    Jumlah 918 422 99

Lampiran

Tiada Lampiran.