PELUANG PEKERJAAN UNTUK GOLONGAN ANAK MUDA

9) PELUANG PEKERJAAN UNTUK GOLONGAN ANAK MUDA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah gaji purata dan pendapatan median golongan anak muda di Selangor? Bandingkan dengan negeri-negeri lain

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil maklum mengenai gaji purata pendapatan median golongan anak muda di Selangor berikutan taraf hidup yang semakin meningkat dan pembangunan belia perlu dititikberatkan terutamanya dari segi pekerjaan dan pendapatan untuk memastikan pembangunan Negeri yang mampan. Melalui sumber yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji purata di Selangor termasuk golongan anak muda berbanding negeri-negeri lain bagi perbezaan tahun 2014 dan 2016 adalah seperti jadual di bawah:-

    Gaji Purata Mengikut Negeri Bagi Tahun 2014 dan 2016

     

     

     

    Bil

     

     

    Perkara

     

    Jumlah gaji purata (RM)

     

    TAHUN 2014

     

    TAHUN 2016

    1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10,629 11,692
    2. Wilayah Persekutuan Putrajaya 10,401 11,555
    3. Selangor 8,252 9,463
    4. Wilayah Persekutuan Labuan 7,591 8,174
    5. Johor 6,207 6,928
    6. Melaka 6,046 6,849
    7. Pulau Pinang 5,993 6,771

     

     

     

    Bil

     

     

    Perkara

     

    Jumlah gaji purata (RM)

     

    TAHUN 2014

     

    TAHUN 2016

    8. Negeri Sembilan 5,271 5,887
    9. Terengganu 4,816 5,776
    10. Sarawak 4,934 5,387
    11. Sabah 4,879 5,354
    12. Perak 4,268 5,065
    13. Pahang 4,343 5,012
    14. Perlis 4,445 4,998
    15. Kedah 4,478 4,971
    16. Kelantan 3,715 4,214

    ( Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia )

    Merujuk kepada jadual di atas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah gaji purata tertinggi iaitu RM11,692 diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak RM11,555 Selangor (RM9,463) dan Wilayah Persekutuan Labuan (RM8,174). Lain-lain negeri mencatatkan gaji purata di bawah paras national level (RM6,958).

    Seterusnya, pendapatan median di Selangor termasuk golongan anak muda berbanding negeri-negeri lain bagi perbezaan tahun 2014 dan 2016 adalah seperti jadual di bawah: –

    Pendapatan Median Mengikut Negeri Bagi Tahun 2014 dan 2016

     

     

     

    Bil

     

     

    Perkara

    Jumlah pendapatan median (RM)
    TAHUN 2014 TAHUN 2016
    1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 7,620 9,073
    2. Wilayah Persekutuan Putrajaya 7,512 8,275
    3. Selangor 6,214 7,225
    4. Wilayah Persekutuan Labuan 5,684 5,928

     

     

     

    Bil

     

     

    Perkara

    Jumlah pendapatan median (RM)
    TAHUN 2014 TAHUN 2016
    5. Johor 5,197 5,652
    6. Melaka 5,029 5,588
    7. Pulau Pinang 4,702 5,409
    8. Terengganu 3,777 4,694
    9. Negeri Sembilan 4,128 4,579
    10. Perlis 3,500 4,204
    11. Sarawak 3,778 4,163
    12. Sabah 3,745 4,110
    13. Perak 3,451 4,006
    14. Pahang 3,389 3,979
    15. Kedah 3,451 3,811
    16. Kelantan 2,716 3,079

    ( Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia )

    Merujuk kepada jadual di atas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pendapatan median tertinggi iaitu sebanyak RM9,073 diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak RM8,275, Selangor (RM7,225), Wilayah Persekutuan Labuan (RM5,928), Johor  (RM5,652), Melaka (RM5,588) dan Pulau Pinang (RM5,409). Lain-lain negeri mencatatkan pendapatan median di bawah paras national level iaitu RM5,228.

Lampiran

Tiada Lampiran.