Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

171) PELUANG PEKERJAAN UNTUK GRADUAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah komitmen dan tawaran perkhidmatan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu kebolehpasaran Graduan Anak-Anak Selangor dalam mendapatkan peluang pekerjaan dalam pasaran

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab menguruskan urusan perkhidmatan di 43 buah Jabatan/ Agensi sektor awam yang di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Selangor yang melibatkan 22 Jabatan/ Agensi Kerajaan, sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah, dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Pengisian jawatan di Jabatan/ Agensi Kerajaan di bawah PSUK Negeri Selangor yang melibatkan pegawai atau kakitangan lantikan Kerajaan Negeri iaitu lantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) dan lantikan oleh Kerajaan Persekutuan sama ada Gunasama atau Bukan Gunasama. Manakala pengisian jawatan di PBT dilaksanakan oleh pihak PBT selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM).

    Maklumat Perjawatan (Pengisian/Kekosongan) di semua Jabatan/ Agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang merangkumi perjawatan Tetap dan Kontrak sehingga 31 Ogos 2018 dengan jumlah pengisian 87.6% iaitu 17,363 perjawatan yang diisi daripada 19,817 jumlah keseluruhan perjawatan dan kadar kekosongan pada tahap 12.4% iaitu 2454 kekosongan adalah selari dengan arahan kawalan pengisian jawatan yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada semua agensi Perkhidmatan Awam Negeri (PAN), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan PBT di mana semua agensi hendaklah mengawal kadar pengisian pada paras 89%.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.