Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

94) PELUANG PERNIAGAAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peluang menambahkan pendapatan/perniagaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008. Senaraikan nama projek dan jabatan/GLC yang terlibat.

    Bajet pembangunan Kerajaan Negeri bermula pada 2009 sehingga 2011 yang secara langsung menjanjikan peluang perniagaan di kalangan usahawan seluruh Negeri Selangor adalah berjumlah hampir RM2 billion.  Antara peluang-peluang perniagaan yang diwujudkan melalui Kerajaan Negeri dan Agensi adalah seperti:-

    1. Perbekalan
    2. Pembinaan (Kerja awam dan mekanikal)
    3. Perkhidmatan

    Selain dari itu juga, melalui agensi dan jabatan kerajaan negeri, turut menyediakan khidmat bantuan untuk meningkatkan pendapatan usahawan dan bakal usahawan di Negeri Selangor seperti penyediaan ruang niaga oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta melalui anak-anak syarikat seperti PKNS. Program Peningkatan Kualiti dan Pemarasan Produk IKS, skim-skim pinjaman perniagaan seperti SKIMSEL dan MIMBAR, bantuan peralatan pemprosesan, bantuan peningkatan hasil pertanian dan penternakan.

    Bantuan melalui Program ‘Blue Print’ oleh Kerajaan Negeri juga turut membantu golongan-golongan berpendapatan rendah untuk menambahkan lagi pendapatan mereka melalui bantuan asas untuk perniagaan seperti peralatan perniagaan gerai, mesin-mesin pembuatan/pemprosesan asas dan pelbagai lagi.

    Pihak Lembaga Zakat Selangor juga menyediakan peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan Asnaf yang layak dari segi bantuan mesin dan peralatan untuk menjalankan perniagaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.