Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

177) PELUCUTHAKAN HAKMILIK TANAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur yang perlu dipatuhi dan dasar yang telah ditetapkan dalam melucuthak sesuatu hakmilik tanah di bawah s.130 Kanun Tanah Negara akibat perlanggaran syarat (s.129 KTN) atau kegagalan membayar sewa (s.100 KTN)?

    Sebelum apa-apa tindakan diambil di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) [Pelucuthakan hendaklah mula berkuatkuasa apabila pemberitahuan dibuat dalam Warta]. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa prosedur perlu diambil antaranya:

    Suatu notis berkanun perlu diserahkan kepada pemilik tanah berdaftar atau wakilnya. Notis yang dimaksudkan adalah Borang Notis 7A (Notis Untuk Memulih Pelanggaran Syarat) Seksyen 128 KTN 1965 dan diendors di dalam

    Pemilik tanah diberi suatu tempoh yang munasabah oleh Pentadbir Tanah untuk meremedi tanah mengikut kategori di dalam hakmilik. Sekiranya pemilik tanah gagal meremedi tanah dalam tempoh yang diberikan, Pentadbir Tanah hendaklah menyampaikan Borang Notis 7B (Notis Supaya Menunjukkan Sebab) di bawah Seksyen 129 KTN 1965 dan diendors di dalam hakmilik. Notis tersebut akan diserahkan kepada pemilik berdaftar atau wakilnya. Pemilik tanah diberi tempoh untuk memberi sebab-sebab mengapa tanah miliknya tidak boleh Selepas itu, satu siasatan akan dijalankan oleh Pentadbir Tanah di bawah Seksyen 129(4) KTN 1965 dan sekiranya Pentadbir Tanah berpuashati pelanggaran syarat masih berlaku pelucutanhakan di bawah Seksyen 130 KTN akan diambil dan Borang Notis 8A akan dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah.

    Manakala tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 100 KTN (Pelucuthakan kerana ketiadaan bayaran jumlah wang yang dituntut) pula, prosedur yang perlu diambil seperti berikut:

     

    • Suatu notis Borang 6A (Notis Tuntutan Tunggakan Sewa) akan dikeluarkan dan diserahkan kepada pemilik tanah berdaftar atau

     

    • Jika pemilik tanah gagal melunaskan tunggakan sewa dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah maka tindakan di bawah Seksyen 130 KTN akan

     

    Garis panduan bagi tindakan penguatkuasaan pelanggaran syarat tanah di Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

     GARISPANDUAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT TANAH DI NEGERI SELANGOR

     

    MENGAMBIL        TINDAKAN        PENGUATKUASAAN         TERHADAP

    PELANGGARAN SYARAT NYATA TANAH DI BAWAH SEK 125-129 KTN

     

     

     

    JAWATAN PROSES
    Pembantu Tadbir Perkhidmatan Menerima aduan melalui telefon/ faks/ surat. Merekodkan ke dalam Buku Daftar Aduan.

    Seterusnya memberi aduan tersebut kepada PPD (PK)

    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Semak aduan tersebut dan memberi arahan kepada Penolong Pegawai Tanah untuk menjalankan siasatan.
    Penolong Pegawai Tanah Menjalankan siasatan di atas tapak dan membuat laporan tanah seterusnya diserahkan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK).
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menyemak laporan tanah dan sekiranya didapati berlaku aktiviti pelanggaran syarat tanah mengambil salah satu tindakan :

    –        Mengenakan denda terhadap tuanpunya tanah terlebih dahulu di bawah Seksyen 127 (1A) KTN.

    –        Memberi peluang kepada pemilik berdaftar tanah untuk meremedi di bawah Seksyen 128 KTN.

    –        Terus merampas tanah tersebut di bawah Seksyen 129 KTN.

      Sekiranya tidak berlaku pelanggaran syarat tanah, aduan ditutup.

     

    MENGENAKAN DENDA TERHADAP TUANPUNYA TANAH TERLEBIH DAHULU DI BAWAH SEKSYEN 127 (1A) KTN

     

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Memberi arahan kepada Pembantu Tadbir untuk menyediakan notis Borang 7E iaitu notis supaya menunjukkan sebab mengenai pengenaan denda.
    Pembantu Tadbir Menyediakan notis Borang 7E dan mengemukakan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK) untuk ditandatangan.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menandatangani notis Borang 7E dan diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir.
    Pembantu Tadbir Menyediakan bukti penyampaian dan meminta Penghantar Notis untuk menyerahkan notis Borang 7E kepada pemilik tanah.
    Penghantar Notis Menghantar notis Borang 7E kepada pemilik tanah untuk ditandatangani dan bukti penyampaian diserahkan kepada Pembantu Tadbir.
    Pembantu Tadbir Menyimpan bukti penyampaian di dalam fail.

     

    MENGENAKAN DENDA TERHADAP TUANPUNYA TANAH TERLEBIH DAHULU

    DI BAWAH SEKSYEN 127 (1A) KTN

     

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Membuat siasatan dan sekiranya Pentadbir Tanah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan maka Pentadbir Tanah bolehlah memerintahkan supaya denda dikenakan.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Memberi arahan kepada Pembantu Tadbir untuk menyediakan borang Perintah Denda Oleh Pentadbir Tanah di bawah Perenggan 127(1A)(b) KTN.
    Pembantu Tadbir Menyediakan borang Perintah Denda Oleh Pentadbir Tanah dan mengemukakan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK) untuk ditandatangan.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menandatangani borang Perintah Denda Oleh Pentadbir Tanah dan diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir.
    Pembantu Tadbir Menyediakan bukti penyampaian dan meminta Penghantar Notis untuk menyerahkan borang Perintah Denda Oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah.

     

    MENGENAKAN DENDA TERHADAP TUANPUNYA TANAH TERLEBIH DAHULU DI BAWAH SEKSYEN 127 (1A) KTN

     

    JAWATAN PROSES
    Penghantar Notis Menghantar borang Perintah Denda Oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah untuk ditandatangani dan bukti penyampaian diserahkan kepada Pembantu Tadbir.
    Pembantu Tadbir Menyimpan bukti penyampaian di dalam fail.
      Sekiranya denda tidak dibayar, tindakan di bawah Seksyen 128 atau 129 KTN diambil.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Sekiranya denda dibayar, memberi arahan kepada Penolong Pegawai Tanah untuk menjalankan siasatan sekiranya pelanggaran syarat terus berlaku.
    Penolong Pegawai Tanah Menjalankan siasatan di atas tapak dan membuat laporan tanah seterusnya diserahkan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK).
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menyemak laporan tanah dan sekiranya pelanggaran syarat tanah terus berlaku, denda tambahan boleh dikenakan.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Memberi arahan kepada Pembantu Tadbir untuk menyediakan borang Perintah Denda Tambahan Oleh Pentadbir Tanah di bawah Perenggan 127(1A)(b) KTN.

     

    MENGENAKAN DENDA TERHADAP TUANPUNYA TANAH TERLEBIH DAHULU

    DI BAWAH SEKSYEN 127 (1A) KTN

     

    JAWATAN PROSES
    Pembantu Tadbir Menyediakan borang Perintah Denda Tambahan Oleh Pentadbir Tanah dan mengemukakan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK) untuk ditandatangan.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menandatangani borang Perintah Denda Tambahan Oleh Pentadbir Tanah dan diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir.
    Pembantu Tadbir Menyediakan bukti penyampaian dan meminta Penghantar Notis untuk menyerahkan borang Perintah Denda Tambahan Oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah.
    Penghantar Notis Menghantar borang Perintah Denda Tambahan Oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah untuk ditandatangani dan bukti penyampaian diserahkan kepada Pembantu Tadbir.
    Pembantu Tadbir Menyimpan bukti penyampaian di dalam fail.

     

    MENGENAKAN DENDA TERHADAP TUANPUNYA TANAH TERLEBIH DAHULU

    DI BAWAH SEKSYEN 127 (1A) KTN

     

     

     

     

     

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Memberi arahan kepada Penolong Pegawai Tanah untuk menjalankan siasatan sekiranya pelanggaran syarat terus berlaku.
    Penolong Pegawai Tanah Menjalankan siasatan di atas tapak dan membuat laporan tanah seterusnya diserahkan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK).
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menyemak laporan tanah dan sekiranya pelanggaran syarat tanah terus berlaku, mengambil tindakan di bawah Seksyen 128 dan 129 KTN. Jika tidak, fail ditutup.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Memberi arahan kepada Pembantu Tadbir untuk menyediakan borang Notis 7F di bawah Seksyen 127(1C) KTN.
    Pembantu Tadbir Menyediakan borang Notis 7F dan mengemukakan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK) untuk ditandatangan.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menandatangani borang Notis 7F dan diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir.

     

    MENGENAKAN DENDA TERHADAP TUANPUNYA TANAH TERLEBIH DAHULU

    DI BAWAH SEKSYEN 127 (1A) KTN

     

    JAWATAN PROSES
    Pembantu Tadbir

     

     

    Penghantar Notis

     

     

    Pembantu Tadbir

    Menyediakan bukti penyampaian dan meminta Penghantar Notis untuk menyerahkan borang Notis 7F kepada pemilik tanah.

     

    Menghantar borang Notis 7F kepada pemilik tanah untuk ditandatangani dan bukti penyampaian diserahkan kepada Pembantu Tadbir.

     

    Menyimpan bukti penyampaian di dalam fail.

     

    MEMBERI PELUANG KEPADA PEMILIK BERDAFTAR TANAH UNTUK MEREMEDI DI BAWAH SEKSYEN 128 KTN.

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK)

     

     

    Pembantu Tadbir

     

     

    Penolong Pentadbir Tanah (PK)

     

    Pembantu Tadbir

     

     

    Penghantar Notis

     

     

    Pembantu Tadbir

    Memberi arahan kepada Pembantu Tadbir untuk menyediakan notis Borang 7A iaitu notis untuk memulihkan pelanggaran syarat.

     

    Menyediakan notis Borang 7A dan mengemukakan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK) untuk ditandatangan.

     

    Menandatangani notis Borang 7A dan diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir.

     

    Menyediakan bukti penyampaian dan meminta Penghantar Notis untuk menyerahkan notis Borang 7A kepada pemilik tanah.

     

    Menghantar notis Borang 7A kepada pemilik tanah untuk ditandatangani dan bukti penyampaian diserahkan kepada Pembantu Tadbir.

     

    Menyimpan bukti penyampaian di dalam fail dan menyediakan memo ke Unit Pendaftaran untuk endosan DHD.

     

    MEMBERI PELUANG KEPADA PEMILIK BERDAFTAR TANAH UNTUK MEREMEDI DI BAWAH SEKSYEN 128 KTN.

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK)

     

     

    Pembantu Am Pejabat

     

    Penolong Pentadbir Tanah (PK)

     

     

    Penolong Pegawai Tanah

     

     

    Penolong Pentadbir Tanah (PK)

    Menandatangani memo ke Unit Pendaftaran untuk endosan DHD dan memberi arahan kepada Pembantu Am Pejabat untuk menghantar fail ke Unit Pendaftaran.

     

    Menghantar fail ke Unit Pendftaran untuk endosan.

     

    Memberi arahan kepada Penolong Pegawai Tanah untuk menjalankan siasatan sekiranya pelanggaran syarat terus berlaku.

     

    Menjalankan siasatan di atas tapak dan membuat laporan tanah seterusnya diserahkan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK).

     

    Menyemak laporan tanah dan sekiranya pelanggaran syarat tanah terus berlaku, mengambil tindakan di bawah Seksyen 129 KTN. Sebaliknya, pembatalan endosan dibuat ke Unit Pendaftaran.

     

    TERUS MERAMPAS TANAH TERSEBUT DI BAWAH SEKSYEN 129 KTN.

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK)

     

     

    Pembantu Tadbir

     

     

    Penolong Pentadbir Tanah (PK)

     

    Pembantu Tadbir

     

     

     

    Penghantar Notis

     

     

     

    Pembantu Tadbir

    Memberi arahan kepada Pembantu Tadbir untuk menyediakan notis Borang 7B iaitu notis supaya menunjukkan sebab.

     

    Menyediakan notis Borang 7B dan mengemukakan semula kepada Penolong Pentadbir Tanah (PK) untuk ditandatangan.

     

    Menandatangani notis Borang 7B dan diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir.

     

    Menyediakan bukti penyampaian dan meminta Penghantar Notis untuk menyerahkan notis Borang 7B kepada pemilik tanah dan pemilik yang berkepentingan.

     

    Menghantar notis Borang 7B kepada pemilik tanah dan pemilik yang berkepentingan untuk ditandatangani dan bukti penyampaian diserahkan kepada Pembantu Tadbir.

     

    Menyimpan bukti penyampaian di dalam fail dan menyediakan memo ke Unit Pendaftaran untuk endosan DHD.

     

    TERUS MERAMPAS TANAH TERSEBUT DI BAWAH SEKSYEN 129 KTN.

     

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menandatangani memo ke Unit Pendaftaran untuk endosan DHD dan memberi arahan kepada Pembantu Am Pejabat untuk menghantar fail ke Unit Pendaftaran.
    Pembantu Am Pejabat Menghantar fail ke Unit Pendftaran untuk endosan.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Mengadakan siasatan kepada pemilik tanah dan pemilik yang berkepentingan.

    –  Sekiranya pemilik remedi tanah, perintah batal perampasan dan endosan di Unit Pendaftaran.

    –  Sekiranya pelanggaran syarat tanah masih berlaku:

    (i)        Pemilikan sementara diambil oleh Pentadbir Tanah; atau

    (ii)      Perintah perampasan.

    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menyediakan memo ke Unit Pendaftaran untuk endosan mengenai pemilikan sementara di DHD berdasarkan Pekeliling KPTG Bil 5/1985.
    Pembantu Am Pejabat Menghantar fail ke Unit Pendftaran untuk endosan.

     

    TERUS MERAMPAS TANAH TERSEBUT DI BAWAH SEKSYEN 129 KTN.

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) / Pentadbir Tanah Mengarahkan pemilik tanah untuk menyelenggara dan membayar balik perbelanjaan dalam melaksanakan remedi itu. Sekiranya pemilik tanah membuat bayaran dan tanah diselenggara dengan baik, pembatalan endosan dibuat. Sebaliknya, perintah rampasan di bawah Seksyen 129(4)(c) atau 129(5)(b) dibuat. (Pekeliling KPTG Bil 7/1997)
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Memberi arahan kepada Pembantu Tadbir untuk menyediakan notis Borang 8A iaitu notis perkembalian tanah kepada kerajaan.
    Pembantu Tadbir Menyediakan notis Borang 8A dan mengemukakan

    kepada Pentadbir Tanah untuk ditandatangan.

    Pentadbir Tanah Menandatangani notis Borang 8A dan diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) Menyiarkan notis Borang 8A dalam Warta Kerajaan dan memberi arahan kepada Penghantar Notis untuk mengambil tindakan di bawah Seksyen 433 KTN.
    Penghantar Notis Melekatkan notis Borang 8A seperti di bawah Seksyen 433 KTN.

     

    TERUS MERAMPAS TANAH TERSEBUT DI BAWAH SEKSYEN 129 KTN.

     

    JAWATAN PROSES
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) / Pentadbir Tanah Menyediakan memo ke Unit Pendaftaran untuk dimasukkan memorial dalam daftar hakmilik atau Pendaftar dan memberi arahan kepada Pembantu Am Pejabat untuk menghantar fail ke Unit Pendaftaran. (Pekeliling KPTG Bil 36/1977)
    Pembantu Am Pejabat Menghantar fail ke Unit Pendftaran untuk endosan.
    Penolong Pentadbir Tanah (PK) / Pentadbir Tanah Menyediakan memo ke Unit Teknikal dan Unit Pelan untuk mengemaskini buku Lot / PT Indeks dan charting pada pelan syit piawai serta memberi arahan kepada Pembantu Am Pejabat untuk menghantar fail ke Unit Pendaftaran
    Pembantu Am Pejabat Menghantar fail ke Unit Teknikal dan Unit Pelan untuk mengemaskini buku Lot / PT Indeks dan charting pada pelan syit piawai.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.