Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

196) PELUPUSAN PEPEJAL NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perincian lengkap sejak 2015 sehingga sekarang mengenai pengurusan pelupusan sisa pepejal di setiap 56 DUN terutama kos keseluruhan, senarai kontraktor dilantik dan nilai kontrak masing-masing, statistik kutipan dalam metrik tan sehari serta pelan strategik memperbaiki sistem pengurusan

    Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh Negeri Selangor dalam memperbaiki sistem pengurusan adalah seperti berikut:-

    i) Penyediaan Pelan Tindakan Pengurusan Kitar Semula oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Tetuan P.E Research Sdn. Bhd. bagi merancang dan merangka pelan tindakan kitar semula dan pengurangan sisa pejal di punca di mana perkara ini dijangka akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada hujung tahun 2016.

    ii) Pelaksanaan projek perintis yang dikenali Project Management Company (PMC) di Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula 1 Julai 2016.

    PMC yang dicadangkan ini akan bekerjasama dengan pihak PBT dan juga negeri untuk memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih baik melalui operasi secara bersepadu dan seragam. Kerajaan Negeri akan menilai dan memastikan kebolehlaksanaan model pengurusan sampah ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum keputusan untuk pelaksanaan di lain-lain PBT diputuskan.

    iii) Worldwide Holdings Berhad (WHB) telah diminta untuk melaksanakan kajian terperinci Pembangunan Integrated Solid Waste Management (ISWCM) melalui keputusan MMKN Ke 16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 di mana WHB perlu membuat kajian dan analisa lengkap berhubung unjuran jumlah sampah dan jenis/komponen sampah yang akan dilupuskan di ISWCM termasuk sampah dalam kategori jenis kitar semula.

    Maklumat kontraktor kutipan dan jumlah sampah dipungut setiap PBT adalah seperti Jadual di bawah:-

    BIL. PBT Perkara
     1. MBSA Lampiran 1
    2. MBPJ Lampiran 2
    3. MPSJ Lampiran 3
    4. MPS Lampiran 4
    5. MPKJ Lampiran 5
    6. MPK Lampiran 6
    7. MPAJ Lampiran 7
    8. MPSP Lampiran 8
    9. MDKS Lampiran 9
    10. MDKL Lampiran 10
    11. MDSB Lampiran 11
    12. MDHS Lampiran 12

     

Lampiran

Tiada Lampiran.