Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

205) PELUPUSAN SAMPAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah pelupusan sampah yang akan digunakan oleh Selangor?

    Pada masa ini kaedah pelupusan sampah di Negeri Selangor masih bergantung sepenuhnya kepada tapak pelupusan sampah iaitu Tapak Pelupusan Sanitari dan Tapak Pelupusan Sampah Terbuka. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa kaedah ini menimbulkan rungutan dari pihak awam kerana kesan negatif terhadap alam sekitar seperti bau busuk, pengaliran air kotor (leachate) ke dalam sungai dan pembebasan gas merbahaya seperti karbon dioksida dan metana. Selain itu, kaedah ini juga memerlukan tanah yang luas serta kos operasi dan pengurusan yang tinggi. Menyedari hakikat ini, Kerajaan negeri telah mengkaji penggunaan teknologi-teknologi lain bagi mengelakkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sanitari sedia

    Pada 23 – 25 Julai 2015 yang lalu, pihak Kerajaan Negeri melalui Y.B  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Y.B Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Dan Kemudahan Awam telah mengetuai satu delegasi lawatan kerja ke Bangkok, Thailand untuk melihat sendiri konsep pembangunan industri sumber hijau dalam pengurusan sisa pepejal yang diuruskan dengan baik di sana.

    Tempat yang dilawati adalah Management of Solid Waste (MSW) to Fertilizer Plant di Samut Prakarn dan Negative Pressure Building for Bio-waste dan Loji Biogass (Swine Waste) di Ayuthaya. Lokasi ini dipilih kerana jenis sampah yang dihasilkan di Bangkok adalah hampir sama dengan jenis sampah yang dihasilkan di negara ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.