Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

221) PELUPUSAN SAMPAH MODEN DAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam isu pelupusan akhir sisa pepejal?

    Pihak Kerajaan Negeri sedang merancang untuk mewujudkan sistem pelupusan sisa pepejal yang lebih baik, bersepadu dan terancang. Tapak pelupusan sanitari sedia ada akan disokong dengan sistem sokongan seperti Material Recovery Facility” (MRF), Loji Pengkomposan atau Waste to Energy Plant. Kebanyakan sistem tersebut merupakan kaedah mengitar semula sisa buangan, penghasilan baja serta sumber tenaga elektrik. Sistem sokongan ini bukan sahaja dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan malah membantu meningkatkan ekonomi serta peluang pekerjaan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.