Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

143) PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan bilangan tempat-tempat pelupusan sisa pepejal yang terdapat di Negeri Selangor dan kapasitinya.

    Worldwide Holding Berhad

    Kerajaan Negeri telah memberi tanggunjawab kepada pihak Worldwide Holdings Berhad (WHB) untuk membangun, mengoperasi dan menyelenggara kesemua tapak pelupusan sisa pepejal yang terdapat di Negeri Selangor.

    Pada masa sekarang, pihak WHB sedang mengendalikan tiga (3) buah tapak pelupusan sisa pepejal yang terletak di Jeram, Kuala Selangor, Tanjung Duabelas, Kuala Langat, dan Panchang Badena, Sabak Bernam dengan kapasiti sebanyak 6,450 tan sisa pepejal sehari.

Lampiran

Tiada Lampiran.