Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

141) PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan baru yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan dasar pelupusan sisa pepejal yang dipertanggungjawabkan kepada Worldwide Holdings Berhad memandangkan tiada sebarang aktiviti kitar semula dijalankan di tapak-tapak pelupusan tersebut?

    Kerajaan Negeri bertanggungjawab sepenuhnya untuk melihat polisi atau dasar berkaitan pelupusan sisa pepejal di Negeri Selangor dan Worldwide Holdings Berhad hanya membantu dalam melaksanakan dasar-dasar tersebut. Melalui hubungan kerja yang erat ini, Kerajaan Negeri kini sedang mengkaji kemungkinan untuk membangunkan loji-loji yang menawarkan teknologi-teknologi baru untuk melupuskan sampah di Negeri Selangor. Antara yang sedang diteliti ialah ‘Refuse Derived Fuel’ (RDF) dan ‘Material Recovery Facilities’ (MRF) dimana satu loji ‘Refuse Derived Fuel’ (RDF) telah beroperasi di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan setakat ini beroperasi dengan baik dan berkesan. Kerajaan Negeri juga sedang melihat kesesuaian untuk menggunakan incinerator bersaiz mini di Pihak Berkuasa Tempatan yang besar yang mana akan mengurangkan penggantungan kepada tapak pelupusan yang sedia ada di Negeri Selangor. Diharapkan langkah-langkah ini akan memantapkan lagi dasar yang sedia ada di Negeri Selangor.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.