Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

36) PEMAJU DAN PEMBANGUNAN HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses penyerahan oleh pemaju kepada pihak PBT dan apakah tindakan yang diambil oleh PBT terhadap pemaju yang bermasalah sehingga berpuluh tahun gagal meyerahkan kepada pihak PBT sehingga memberi kesan kepada pemilik/pembeli?

    Proses penyerahan pembangunan yang telah siap dan telah mendapat sokongan CCC diserahkan kepada PBT bagi tujuan penyelenggaraan dan berkaitan adalah selepas 6 bulan dari tarikh mendapat sokongan CCC (sijil siap dan pematuhan). Pemaju yang bermasalah dan gagal bagi mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan beserta lanjut tempoh akan disenaraikan dalam senarai projek-projek terbengkalai dalam jawatankuasa pemulihan projek terbengkalai di PBT sekiranya tiada sebarang penyambungan kerja dijalankan.

    Antara langkah-langkah yang diambil oleh PBT bagi memastikan kemudahan infrastruktur yang belum diserah diselia & diselenggara oleh pemaju bagi sesuatu pemajuan adalah seperti berikut:

    • PBT mengeluarkan arahan kepada pihak pemaju untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan/penyelenggaran dalam tempoh yang ditentukan.
    • PBT mengenakan kompaun dibawah Akta 133 Akta Jalan, Parit & Bangunan jika pemaju gagal untuk mematuhi arahan PBT.
    • PBT akan mengatur kerja-kerja pembaikan/selenggaraan jika arahan tidak dipatuhi dengan kos kerja akan ditolak dari cagaran infrastruktur yang ada dalam simpanan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.