Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

84) PEMAJU DISENARAI HITAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pemaju yang disenarai hitam kerana lambat menyiapkan Rumah Selangorku?

    Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan bermula 01 Januari 2014. Oleh yang demikian, sehingga kini masih belum ada lagi pemaju yang disenaraihitamkan. Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri telah mengenalpasti beberapa pemaju yang masih belum membina Rumah Selangorku. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan beberapa kaedah kelonggaran syarat dan sebagainya, namun sekiranya pihak pemaju masih gagal untuk membina Rumah Selangorku, pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengesyorkan arahan pembekuan atau ‘Stop Work Order’ bagi pembangunan berkaitan dengan pemaju berkaitan di dalam Negeri Selangor. Mekanisma tersebut akan dilakukan ‘By Case Basis’ yang akan diangkat untuk persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk syor

Lampiran

Tiada Lampiran.