Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

67) PEMAJU PERUMAHAN YANG LANGGAR SYARAT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah syarikat perumahan yang tidak menunaikan kontrak mereka?

    Untuk makluman Y.B, berdasarkan kepada data dan maklumat daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), sebanyak 22 syarikat yang tidak memenuhi perjanjian penyediaan/ pembinaan rumah kos rendah dan telah didapati terbengkalai.

Lampiran

Tiada Lampiran.