Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

298) PEMANSUHAN DISKAUN BUMIPUTERA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan faktor pemansuhan diskaun bumiputera bagi pembelian rumah di Selangor

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memansuhkan diskuan Bumiputera bagi pembangunan Rumah Selangorku dan juga Pangsapuri Perkhidmatan dan ‘Boutique Office’ Mampu Milik sahaja. Dasar Rumah Selangorku telah digunapakai bermula pada 1 Januari 2014 melalui Pekeliling Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) Bilangan 1 Tahun 2013. Manakala Dasar Pangsapuri Perkhidmatan Dan ‘Boutique Office’ Mampu Milik bermula pada 1 September 2016 melalui Pekeliling Dasar Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan Kediaman Komersial dan ‘Boutique Office’ Mampu Milik Negeri Selangor Bilangan 2 Tahu

    Untuk makluman Yang Berhormat, antara faktor-faktor pemansuhan diskaun Bumiputera adalah seperti berikut :-

    1. Harga Kawalan

    Rumah Selangorku dan Pangsapuri Perkhidmatan Kediaman Komersial dan ‘Boutique Office’ Mampu Milik merupakan harga kawalan yang mana ianya dikawal oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Tujuan pengawalan harga ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang benar-benar layak sahaja untuk ditawarkan unit berkenaan.

    1. Di Bawah Harga Pasaran

    Rumah Selangorku dan Pangsapuri Perkhidmatan Kediaman Komersial dan ‘Boutique Office’ Mampu Milik dijual lebih murah iaitu di bawah harga pasaran semasa.

    • Kenaikan Harga Barangan Pembinaan

    Pemaju dibebani dengan kenaikan harga batu bata, simen dan pasir yang secara tidak langsung akan meningkatkan kos-kos lain seperti kos pengangkutan dan kos infrastruktur.

    Walau bagaimanapun, bagi hartanah pasaran terbuka, diskaun Bumiputera masih dikenakan / terpakai yang mana bagi kategori perumahan diberikan 7% diskaun Bumiputera manakala kategori perniagaan / perindustrian diberikan 10% diskaun Bumiputera.

Lampiran

Tiada Lampiran.