Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

282) Pemantauan Cara Kilang Mengendalikan Bahan Buangan

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syarikat-syarikat industri pembuatan, industri pertanian dan kilang kumbahan menjadi penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar terutamanya sungai. Selain daripada memberi hukuman yang lebih berat kepada pihak bertanggungjawab, apakah usaha-usaha kerajaan dalam memantau aktiviti-aktiviti kilang dalam cara mereka mengendalikan bahan buangan?

    Selain menjalankan pemantauan berkala terhadap premis-premis industri bagi memastikan mereka mengendalikan bahan buangan dengan betul, PBT telah mengenakan syarat pengeluaran lesen seperti berikut:-

    1. Melantik panel kontraktor sisa industri PBT bagi menguruskan sisa industri dan melupuskan sisa tersebut di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh PBT; dan
    2. Memasang perangkap minyak (grease trap) atau kolam rawatan air bagi memastikan premis-premis tersebut tidak mengalirkan sisa-sisa minyak atau bendasing ke dalam sungai.

     

    Sekiranya, premis terbabit melanggar syarat lesen atau tidak patuh, PBT akan mengeluarkan Notis tunjuk sebab dan akan mengenakan kompaun di bawah peruntukan undang-undang berkaitan seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.