Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

67) PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN DI LERENG-LERENG BUKIT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembangunan hartanah yang melibatkan perumahan dan komersil dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) dan Majlis Perbandaran Selayang ( MPS ) banyak melibatkan pembangunan di lereng-Iereng bukit dan cerun yang sering kali mengancam keselamatan penduduk dan orang awam serta mencemarkan alam sekitar. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Institut Kerja raya Malaysia ( IKRAM ) untuk kerja-kerja pemantauan tapak bina dalam Negeri Selangor?

    Status cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Institut Kerja raya Malaysia (IKRAM) untuk kerja-kerja pemantauan tapak bina dalam Negeri Selangor telah dibincangkan dan sebulat suara melantik IKRAM Sdn. Bhd. sebagai juru runding geo-teknikal bagi Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Negeri Selangor. la dibuktikan dengan :-

    1. Merujuk kepada cabutan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
      Selangor Darul Ehsan (MMKN) yang diadakan pada 7 Jun 2006
      mengambil langkah proaktif dengan melantik Kumpulan IKRAM Sdn.
      Bhd. Sebagai Perunding Geoteknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan
      (PBT) di Negeri Selangor. Pelantikan ini berdasarkan kepada
      pengalaman dan kepakaran Kumpulan IKRAM dalam mengendalikan
      kes-kes pembangunan tanah tinggi dan cerun yang mana dalam bidang
      geoteknikal amat berkurangnyakepakaran di kalanganpegawai PBT.
    2. Merujuk kepada cabutan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
      Selangor Darul Ehsan (MMKN) yang diadakan pada 2 April 2008
      MMKke 6/2008:-i) Kumpulan IKRAM akan menjalankan kerja-kerja pengauditan
      secara rambang terhadap pembangunan tersebut
      dan melaporkannya kepada Kerajaan Negeri.
      ii) Kumpulan IKRAM diminta supaya mendapatkan laporan
      pembinaan bagi setiap 2 minggu daripada semua pemaju atau
      konsultan bagi projek tersebut. Selain itu, IKRAM juga diminta
      supaya mendakan”random surprise” audit projek-projektersebut

      Oleh yang demikian, satu perjanjian bagi kerja-kerja perunding antara
      PBT dengan Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. akan di tandatangani dalam
      masa terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.