Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

219) PEMANTAUAN TERHADAP PROJEK MRT

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri menyedari rungutan penduduk dengan pembinaan MRT di Kajang, khususnya di Kg Bukit Dukung dan Kg Sg Jerneh yang mengakibatkan banjir dan lain-lain kerosakan.

    a dan b)

     

    Pihak Majlis maklum terhadap aduan dan masalah penduduk akibat kerja-kerja pembinaan MRT.

    MPKj telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek MRT Lembah Kelang : Jajaran Sg. Buloh – Kajang di kawasan MPKj semenjak tahun 2013 dan terdiri daripada Ahli Parlimen dan ADUN berkaitan, Ahli Majlis, Jabatan Teknikal dan pihak MRT serta perunding.

    Semua aduan dan masalah penduduk akibat kerja-kerja pembinaan MRT di selesaikan di peringkat Jawatankuasa Pemantauan melalui kaedah mesyuarat, lawatan tapak dan sebagainya.

    Contoh :-

     

    Penyelesaian isu banjir di Kg. Bukit Dukung

    • Pihak MRT diarahkan supaya menyiapkan segera semua kolam tadahan
    • Penduduk yang terlibat dengan banjir telah dipindahkan ke rumah sementara sehingga kerja-kerja MRT selesai dan kos sewa ditanggung oleh MRT

    Pihak MPKj dengan kerjasama MRT akan membina longkang baru di Jalan Cheras dengan kos pengambilan tanah ditanggung oleh MPKj dan kos pembinaan ditanggung oleh MRT. Pelan reka bentuk sedang disediakan untuk kelulusan JKR.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.