PEMASANGAN BILLBOARD MES DAN AIR SELANGOR

89) PEMASANGAN BILLBOARD MES DAN AIR SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan ke atas pemasangan Billboard program MES dan Air Selangor

    1. Program Merakyatkan Ekonomi Selangor telah diperkenal sejurus setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tapuk pimpinan kerajaan negeri Selangor pada Mac

     

    Sehingga kini lebih kurang 12 program telah dijalankan secara berperingkat. Antara program yang sedang dinikmati adalah Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor, Air percuma 20 kubik meter, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Anak Pekerja Ladang, Tuisyen Rakyat dan banyak lagi. Terdapat banyak usaha promosi yang dibuat untuk menghebahkan program-program dibawa agenda MES termasuklah pengiklan Billboard.

     

    Pejabat Menteri Besar sendiri yang mengambil inisiatif bagi pemasangan billboard MES. Untuk menjimatkan kos, tiada struktur billboard baharu yang dipasang. Apa yang kita lakukan adalah memasang visual baharu ke atas billboard yang sedia ada kepunyaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dengan ini, kos penyewaan juga tidak perlu.

     

    Bagi pemasangan visual baharu MES bagi 3 tahun yang lepas, Pejabat Menteri Besar telah membelanjakan sejumlah RM87,248 yang melibatkan 30 buah billboard yang mempromosikan program-program MES dan 22 buah untuk  Kempen  Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat. Kos purata bagi setiap billboard ini ialah kira-kira RM1,700. Ini termasuk kos pencetakan, pemasangan dan penyelenggaraan. Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari kos biasa di pasaran.

     

    Kempen “Kembalikan Hak Air kepada Rakyat” bermula setelah syarikat konsesi air Syabas dan Puncak Niaga berdolak dalik untuk menerima tawaran kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air negeri Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Kerajaan Negeri berpendapat adalah wajar rakyat di beritahu mengenai usaha pengambilalihan air dari syarikat konsesi yang rata-rata gagal memberi perkhidmatan yang berkesan dengan harga yang berpatutan.

     

    Dengan itu promosi kempen tersebut telah dibuat melalui billboard.  Seperti  kempen MES, tiada struktur billboard baharu yang dipasang. Ia hanya melibatkan kerja-kerja menggantikan visual baharu di atas billboard sedia ada kepunyaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.