Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

58) PEMASANGAN CCTV

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah (Berfungsi & Tidak Berfungsi) dan kos CCTV yang telah dipasang oleh kerajaan Negeri Selangor mengikuti PBT?

    Sebanyak 414 unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) Negeri Selangor telah mula beroperasi pada bulan November 2013 melalui kontrak secara build, operate and transfer antara Kerajaan Negeri Selangor bersama syarikat GTC Global Sdn. Bhd. yang kini dikenali sebagai VADS Lfye Sdn. Bhd. Tempoh kontrak adalah selama 20 tahun dengan kos sebanyak RM488,520.00 sebulan atau RM5,862,240.00 setahun. Sehingga 30 Jun 2019, sebanyak 39 unit CCTV mengalami kerosakan dan dalam proses pembaikan oleh vendor yang dijangka siap pada hujung Julai 2019. Pecahan jumlah CCTV yang dipasang dan tidak berfungsi dengan baik mengikut PBT adalah seperti berikut:

    Bil. PBT Jumlah CCTV Jumlah CCTV tidak berfungsi dengan baik
    1. MBSA 50 7
    2. MBPJ 60 2
    3. MPK 60 8
    4. MPSJ 50 4
    5. MPS 50 8
    6. MPKj 60 6
    7. MPSp 50 1
    8. MDKL 10 1
    9. MDHS 8 0
    10. MDKS 8 0
    11. MDSB 8 2
    11. MDHS 8 2
    12. MPAJ Tidak terlibat
    Jumlah 414 39

Lampiran

Tiada Lampiran.