Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

152) PEMASANGAN KAWALAN LITAR TERTUTUP (CCTV)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang CCTV di area kawasan panas bagi mengelakkan aktiviti haram berlaku?

    Kerajaan Negeri juga bercadang untuk melaksanakan technology refreshment ke atas 414 unit CCTV sedia ada daripada sistem analog kepada digital. Pihak UPEN sedang bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) SUK dan SSDU untuk memastikan sistem CCTV yang digunakan seiring dengan keperluan semasa.

    Menerusi Ucapan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2020 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 1 November 2019, Kerajaan Negeri akan menambah jumlah CCTV kepada 5,000 unit di seluruh negeri. CCTV ini akan dilengkapi teknologi face recognition dan akan diselia dari command centre yang diwujudkan bertujuan untuk menyelaras data bagi tujuan keselamatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.