Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

110) PEMASANGAN KAWALAN LITAR TERTUTUP (CCTV)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang CCTV di kawasan tumpuan dan kawasan tertentu bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini di Puncak Alam?

    Penggunaan Sistem Pemantauan Kamera Litar Tertutup (CCTV) ini didapati berkesan dalam menangani kejadian jenayah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penentuan lokasi pemasangan CCTV oleh  PBT dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah berdasarkan lokasi hot-spot  jenayah, kemalangan dan kesesakan lalulintas. Dengan adanya CCTV, tugas pemantauan dan rondaan ini sebahagiannya dapat dilakukan melalui CCTV yang ditempatkan di bilik-bilik kawalan di PBT dan ibu pejabat polis daerah masing-masing. Cadangan bagi penambahan CCTV di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan dimasukkan dalam bajet PBT 2020 dan penentuan lokasi dipersetujui oleh PDRM sebelum sebarang pemasangan CCTV yang baru dibuat

Lampiran

Tiada Lampiran.