Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

234) PEMASANGAN KEMUDAHAN LAMPU AWAM JALAN KAMPUNG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah permohonan telah diterima upen sejak 2014?

    Sejak 2014, pihak UPEN telah menerima permohonan daripada 2 Pejabat Daerah/Tanah sahaja bagi pemasangan kemudahan lampu Jalan Kampung iaitu daripada Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam dan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor sahaja seperti berikut:

    BIL. PEJABAT DAERAH/TANAH NAMA PROJEK PERUNTUKAN STATUS TERKINI
    1. PDT Sabak Bernam Cadangan Kerja-Kerja Memasang Sistem Lampu Jalan Solar Power L.E.D. Di Jalan Teruna Jaya Parit Baru Daerah Sabak Bernam

    Selangor Darul Ehsan

    RM32,860.00 Projek ini telah disiapkan menggunakan peruntukan tahun 2016.
    2. PDT Hulu Selangor Cadangan Kerja-Kerja Pemasangan dan Pendawaian Bagi Lampu Jalan di Sekitar Kampung-Kampung Di Hulu Selangor RM178,568.00 Projek ini masih menunggu senarai dan Bill of Quantity yang lengkap dari Pejabat/Daerahh Tanah Hulu

    Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.