Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

107) PEMASANGAN LAMPU LED

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status projek pemasangan lampu jalan LED di setiap DUN yang telah diluluskan?

    Untuk makluman, projek pemasangan lampu jalan LED di setiap DUN telah ditukar kepada pemasangan lampu jalan atas kekangan kos yang tinggi. Sehubungan itu, berdasarkan cabutan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 24/2015 yang telah disahkan pada 5 Ogos 2015 telah menimbang dan meluluskan cadangan pemasangan lampu jalan di setiap DUN di kawasan PBT dengan syarat seperti berikut :

    1. UPEN dan Perbendaharaan Negeri akan meneliti semula cadangan tersebut sama ada boleh dikategorikan sebagai penyelenggaraan lampu jalan dan mematuhi skop kerja seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) dan ditampung sepenuhnya di bawah peruntukan MARRIS; atau
    2. Sekiranya tidak mematuhi garis panduan berkenaan, MMKN bersetuju peruntukan pembangunan sedia ada sebanyak RM 1,000,000.00 digunapakai bagi pelaksanaan pemasangan lampu jalan ini iaitu sebanyak RM700,000.00 menggunakan baki Vot P01-03009 (Kerajaan Tempatan) dan sebanyak RM300,000.00 melalui pelarasan semula peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri sedia ada. Tumpuan diberi kepada jalan- jalan PBT yang mempunyai statistik kadar jenayah yang tinggi.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.