Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

180) PEMASANGAN LAMPU LED

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandang kepada pemasangan 50 buah lampu LED di setiap DUN di Negeri Selangor. Apakah status dan bilakah projek ini akan diadakan

    Berdasarkan cabutan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2015 yang telah disahkan pada 22 September 2015 telah menimbang dan meluluskan cadangan penggunaan lampu jalan jenis light emmitted diode (L.E.D) bagi jalan- jalan negeri yang diselenggara di bawah geran Kumpulan Wang Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) dan belanja mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut kriteria utama kawasan hot spot rekod jenayah dan/atau

     

    Tujuan pemasangan lampu LED adalah sebagai galakan dari pihak Kerajaan Negeri terhadap usaha mencapai sasaran Bandar Selamat dengan keutamaan kepada kawasan hotspot iaitu kawasan yang mempunyai rekod jenayah tinggi dan/atau kemalangan seperti yang disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

     

    Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bersama PBT bagi mendapatkan maklumat berhubung lokasi dan pengesahan dari ADUN PBT masing-masing. PBT telah mengemukakan lokasi pemasangan lampu LED kepada Perbendaharaan (PNS) bagi tujuan penyaluran peruntukan MARRIS. Walau bagaimanapun, PNS memohon supaya PBT dapat menyemak semula kriteria berdasarkan keputusan MMKN iaitu :

     

    Kawasan dikenalpasti hot spot jenayah;

     

    Nisbah pembahagian lokasi hendaklah 70% di kawasan perumahan dan 30% di jalan

Lampiran

Tiada Lampiran.