Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

217) PEMASANGAN PEMANCAR TELEKOMUNIKASI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan kebanyakan penduduk membantah pemasangan pemancar Telekomunikasi di kawasan perumahan, adakah kerajaan berniat untuk mengehadkan pemasangannya di kawasan luar daripada kawasan perumahan sahaja?

    a) Kerajaan Negeri telah menyediakan garis panduan permohonan pemasangan struktur menara telekomunikasi kepada semua PBT. Sehubungan itu, pihak syarikat telekomunikasi perlu mengikut syarat yang digariskan di dalam garis panduan tersebut agar talian liputan dan kualiti liputan di kawasan-kawasan perumahan di kawasan bandar atau luar bandar dapat ditingkatkan. Bagi mempercepatkan proses permohonan pemasangan menara telekomunikasi, Kerajaan Negeri membenarkan pihak syarikat telekomunikasi membuat permohonan terus kepada PBT ataupun pihak One Stop Agency (OSA) iaitu Konsortium Jaringan Selangor (KJS).

Lampiran

Tiada Lampiran.