Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

265) PEMASANGAN PENCAWANG ELEKTRIK TNB DI ZON 24 MPAJ

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mengarahkan TNB menjelaskan sebab kenapa Putrajaya boleh buat kabel TNB bawah tanah tetapi enggan buat di kawasan Pandan walaupun bantahan kebanyakan penduduk setempat?

    Pemasangan kabel elektrik bawah tanah atau underground cable digunapakai bagi pembangunan baru seperti yang tertakluk di dalam Garis Panduan Perancangan laluan kemudahan utiliti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).

     

    Bagi projek talian penghantaran elektrik di Ampang, iaitu projek talian 275kV Bentong – Ampang Timur – Kampong Pandan merupakan sebahagian daripada sistem grid nasional yang memerlukan talian atas iaitu overhead transmission.

     

    Pihak TNB telah melantik Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) bagi menjalankan kajian dan analisis kestabilan cerun di kawasan terlibat dan hasil penilaian kajian mendapati kaedah kerja-kerja pembinaan yang dijalankan oleh TNB akan lebih mengukuhkan cerun tersebut. Manakala bagi mengatasi isu keselamatan dan kesihatan penduduk pula pihak TNB sentiasa mematuhi had pendedahan Elektro Magnetic Field (EMF) yang ditetapkan oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu tidak melebihi 1,000 miliGauss (100 mikro Tesla).

Lampiran

Tiada Lampiran.