Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

189) PEMATUHAN ARAHAN PERBENDAHARAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perolehan dan amaun perolehan yang telah dilaksanakan mengikut PBT dan adakah Pegawai Kewangan Negeri menjalankan penyiasatan dan audit bagi memastikan Arahan Perbendaharaan tersebut dipatuhi sepenuhnya?

    Berikut adalah kelulusan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi perolehan Darurat:-

      Bil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tajuk Kerja Jumlah (RM)
      1 Majlis       Daerah

    Kuala Selangor

    Permohonan Perlantikan Terus Kontraktor Bagi Kerja-Kerja Awalan Pembaikan Struktur Bumbung Yang Condong

    Di Taman Pancaran Bestari

    Jaya Kuala Selangor

    50,000.00
      2 Majlis

    Perbandaran

    Selayang

    Cadangan     Kerja-Kerja Kecemasan

    Penyelenggaraan        20

    Sistem Perangkap Minyak

    Berpusat    Di    12                  Lokasi

    Gerai Majlis Perbandaran

    Selayang

    102,280.00
      3 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Cadangan Segera Menaiktaraf Sistem Perparitan Dan

    Pemasangan “Sheet Pile: Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Jalan 5/60, Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul

    1,069,585.00
    Bil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tajuk Kerja Jumlah (RM)  
        Ehsan (Penyelesaian Jangka Pendek Kejadian

    Tanah Runtuh)

       
    4 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Permohonan diterima daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memohon lantikan terus kontraktor bagi Cadangan Segera Pembaikan Jalan Dan Tebing Runtuh Di Jalan PJU1A/20D, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 1,100,275.00  
    5 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Cadangan Pembinaan ‘Soil Nailing’ Dan Membina Sistem Perparitan Cerun Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Jalan 5/60, Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

    (Penyelesaian     Segera

    Kejadian Tanah Runtuh) – Pelantikan

    Kontraktor Secara

    Runding Terus

    3,847,375.00  
    Jumlah 6,169,515.00  

    Kelulusan untuk melaksanakan rundingan terus bagi perolehan darurat adalah di bawah kuasa Pegawai Kewangan Negeri selaku Pihak Berkuasa Kewangan Negeri. Dalam hal ini, perolehan darurat membenarkan Pegawai Pengawal melaksanakan kerja-kerja di bawah keperluan darurat dimana skop kerja hendaklah dihadkan setakat untuk menampung keperluan darurat sahaja. Pada masa yang sama, Pegawai Pengawal boleh mengemukakan permohonan untuk melantik kontraktor secara runding terus ke Perbendaharaan Negeri dan  permohonan tersebut akan dikaji dan dipertimbang secara serentak selaras dengan peraturan yang ditetapkan. Hal ini adalah bagi memastikan kerja-kerja kecemasan tersebut dapat dilaksanakan segera dan kepentingan awam terjamin.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.