Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

39) PEMATUHAN PEMAJU ATAS SYARAT KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG (KM) OLEH MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kemudahan awam yang belum dibina seperti dewan, pangsapuri mampu milik, ramp, tadika dan rizab tapak awam yang belum diserah oleh Tetuan HicomGamuda di Kota Kemuning Seksyen 31, Shah Alam

    Senarai kemudahan awam yang belum dibina dan belum diserahkan oleh Tetuan Hicom Gamuda di Kota Kemuning Seksyen 31, Shah Alam adalah seperti berikut:

    • Dewan dan Tadika

    Kelulusan Kebenaran Merancang rujukan MBSA/PRG/PSA 31-30-09 melalui surat rujukan MBSA/PRG/2016-95 (31) Jilid 17 bertarikh 17hb. November 2009 telah mensyaratkan kepada pemaju untuk membina dan menyerahkan tapak-tapak berikut:-

    1. 26 tapak telah diserahkan (termasuk sekolah, balai polis, balai bomba, tapak kubur, terminal/depoh lori/bas, Masjid, Gereja, Kuil, Perpustakaan, Pusat Sivik, Dewan, Bazaar dan Pusat Kesihatan)
    2. 30 tapak yang melibatkan pembangunan surau, tadika, Dewan Orang Ramai, Tempat Letak Lori, Gerai, Tempat Letak Kenderaan, Kawasan Rekreasi, Tempat Letak Kenderaan Bertingkat telah pun dibina dan diserahkan kepada Majlis. Ini termasuklah pembinaan berikut :
    3. 5 tapak dewan (telah dibina dan diserahkan kepada Majlis)
    4. 2 tapak tadika (telah dibina dan diserahkan kepada Majlis
    • Pembinaan 2 tapak gerai berikut telah disiapkan dan baru diserahkan kepada Majlis pada 22hb. Disember 2014
    Tapak Luas (Ekar) Lokasi Syarat KM Pengurus/ Pentadbir Status
    Gerai 1.45 1 & 3, Jalan Anggerik Mokara 31/44 Bina dan serah Majlis Bandaraya Shah Alam Telah siap dan telah diserahkan pada 22hb. Dis. 2014
    1.00 1 & 3, Jalan Anggerik Mokara 31/44 Bina dan serah Majlis Bandaraya Shah Alam Telah siap dan telah diserahkan pada 22hb. Dis. 2014

    Hanya 1 tapak dewan dan tadika bersepadu (belum dibina) dan pelan bangunan telah dibatalkan memandangkan pemaju perlu meminda semula cadangan yang dikemukakan kerana telah disyaratkan untuk meminda cadangan daripada saiz dewan dua gelanggang kepada 3 gelanggang dan akan mengemukakan semula pelan baru pada penghujung bulan Mac 2015 :

    Tapak Luas (Ekar) Lokasi Syarat KM Pengurus/ Pentadbir Status Serahan Tanah
    Dewan dan Tadika 1.52 2, Jalan Anggerik Vanilla 31/97 Bina dan serah Majlis Bandaraya Shah Alam Telah Serah

     

    • Pangsapuri Mampu Milik

    Pemaju telah disyaratkan untuk mematuhi dasar penyediaan rumah mampu milik 20:20:10 (20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana) bagi tambahan kediaman yang dibuat apabila membuat pindaan pembangunan komersial kepada kediaman di utara pembangunan Kota Kemuning yang melibatkan cadangan 183 unit Rumah Kos Rendah, 183 unit Rumah Kos Sederhana Rendah dan 92 unit Rumah Kos Sederhana.

    Pindaan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri memandangkan ia melibatkan cadangan pecah sempadan lot tanah antara cadangan pembangunan rumah Kos Rendah serta Kos Sederhana dan Kos Sederhana Rendah yang tidak boleh dibangunkan bersekali sebagaimana peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) yang telah ditolak oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Walau bagaimanapun perkara ini masih lagi dibincangkan di peringkat Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan juga Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor kerana yang melibatkan cadangan kepada pembangunan dan dasar baru bagi Rumah Selangorku yang dicadangkan untuk dibangunkan di tapak tersebut.

    • Ramp

    Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor bil.1/2012 bertarikh 13.02.2012 telah memutuskan rezab ‘ramp’ dikekalkan dan satu kajian lanjut melibatkan LLM, JKR dan MBSA perlu dijalankan untuk keseluruhan sistem lalulintas dan rangkaian jalan kawasan Persiaran Anggerik Mokara tersebut dan rangkaian jalan yang bersambungan dengannya.

    Majlis melalui Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur & Bangunan bil. 9/2013 bertarikh telah melantik pihak IKRAM Premier Consulting untuk membuat semakan semula Laporan Kajian Lalulintas  di persimpangan Anggerik Mokara & Anggerik Vanilla Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam.

    Kajian lalulintas yang melibatkan keseluruhan rangkaian jalan termasuklah pembangunan Canal City di Kuala Langat dan penyelarasan semula keseluruhan sirkularsi trafik di kawasan pusat komersial Kota Kemuning sedang dalam peringkat akhir penyediaannya.

    Cadangan menaiktaraf dan penambahbaikan system dan sirkulasi lalulintas di Persiaran utama yang melibatkan Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Vanillah termasuk Pusat Daerah keseluruhan Kota Kemuning tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Bangunan, MBSA pada bulan Februari dan Mac yang lepas dan akan diperincikan lagi melibatkan kos dan pemaju-pemaju yang akan terlibat.

    • Kemudahan Lain Yang Belum Diserah

    Majlis akan memberi peringatan semula kepada pemaju berhubung tindakan untuk menyerahkan tapak kolam takungan air di bawah sebagaimana disyaratkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tindakan selanjutnya sebagaimana pelan diluluskan.

    Tapak Luas (Ekar) Syarat KM Pengurus/ Pentadbir Status Serahan Tanah Status Pembinaan Dan Serahan Bangunan
    Kolam Takungan Air 19.18 Bina dan Serah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Belum serah Belum Bina dan Serah

Lampiran

Tiada Lampiran.