Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

109) PEMBAHARUAN SKIM KASIH IBU SMART SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana kaedah dan mekanisma yang di buat oleh Kerajaan untuk Skim Kasih Ibu Smart Selangor dari sudut penyelarasan dan kemaskini kelayakan sebagai contoh dibuat pembaharuan setiap tahun untuk menentukan kelayakan semula?

    Semua sedia maklum bahawa Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang diperkenalkan awal tahun 2018 telah mendapat sambutan luar biasa dan memberi manfaat kepada 40,000 orang ibu di seluruh Selangor.

    Kini, Kerajaan Negeri sedang membuat penelitian terhadap semua program IPR termasuk Program KISS untuk ditambahnilai kepada program empowerment agar penerima IPR mampu berdikari dan mengurangkan sikap kebergantungan terhadap Kerajaan Negeri.

    Antara kaedah yang akan dilaksanakan bagi tujuan penyelarasan dan pengemaskinian kelayakan adalah melalui pemadanan senarai sedia ada para penerima KISS dengan sistem e-Kasih yang merupakan sebuah pangkalan data yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Para peserta Program KISS berpeluang untuk menyertai program-program kemahiran yang akan ditawarkan agar mereka mampu berdikari untuk menjana pendapatan keluarga dan keluar daripada kepompong kemiskinan yang dihadapi selain turut sama menyumbang secara positif dan proaktif dalam membangunkan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.