PEMBAIKAN SISTEM JALANRAYA DUN MERU

118) PEMBAIKAN SISTEM JALANRAYA DUN MERU

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk membaiki dan menaik taraf jalanraya-jalanraya di DUN Meru yang teruk dan tidak diselenggara dengan baik?

    Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor mempunyai perancangan untuk menaiktraraf Jalan Meru bermula dari persimpangan Jalan Meru Tambahan/ Persiaran Hamzah Alang sehingga ke Jalan FT05 sepanjang 6.5 km dan bermula dari persimpangan Jalan Meru Tambahan/ Persiaran Hamzah Alang sehingga ke persimpangan Jalan Abdul Manan sepanjang 2.5 km.

    Kertas Cadangan ini telah dimajukan kepada Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 1 November 2018 untuk tujuan permohonan dalam Rolling Plan- 4, Rancangan Malaysia Ke-11.

    Antara usaha yang telah diambil oleh pihak JKR bagi membaiki jalan-jalan di Dun Meru adalah seperti berikut:

    1. Pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan negeri dan persekutuan secara Kontrak Jangka Panjang yang merangkumi kerja senggara rutin, berkala pavemen dan berkala bukan pavemen. Bagi jalan persekutuan, JKR Klang telah memohon anggaran peruntukan berjumlah RM13.8 juta bagi pembaikan jalan-jalan Persekutuan iaitu FT3217 & FT05 di dalam Kawasan DUN Meru (N42). Penampalan jalan telah/ akan dilaksana dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
    2. Pelaksanaan kerja pembaikan jalan raya negeri dan persekutuan melalui kerja sebutharga.
    3. Pelaksanaan kerja-kerja membaikpulih di jalan-jalan negeri melalui Kontrak Berpusat. JKR Daerah Klang telah memohon anggaran peruntukan berjumlah RM6.8 juta melibatkan Jalan Hj Abd Manan, Jalan Hj Sirat, Jalan Manan 1, dan Jalan Sungai Puloh yang akan dilaksana melalui Kontrak Berpusat tahun 2019, tertakluk kepada kelulusan peruntukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.