Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

257) PEMBAIKKAN BENTENG TEPI PANTAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan tahun 2017 yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membaiki benteng tepi pantai di negeri Selangor daripada kerosakan akibat hakisan pantai?

    Pada tahun 2017, kerajaan negeri melalui JPS Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM 14.6 juta bagi pembangunan pantai. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut:

    • Memperkukuh benteng pantai = RM 7,700,000.00
    • Kawalan hakisan pantai = RM 4,500,000.00
    • Pemeliharaan dan Pemuliharaan Pantai dan Muara = RM 2,400,000.00

    Kerja-kerja  di  atas  melibatkan  5  daerah  iaitu  Daerah  Sabak  Bernam,   Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Skop kerja utama adalah membina struktur hakisan pantai seperti groynes dan armour rock, meninggikan ban pantai serta mengorek muara sungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.