Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

19) Pembaikan Jalan

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat perancangan dari badan terlibat untuk menaiktaraf/turap semula jalan utama di pjs 6 sehingga pjs 5 (hadapan kontena nasional) yang menjadi laluan utama ke tmn medan dan yang lain?

    Jalan utama di hadapan Kontena Malaysia adalah Jalan B14 (Jalan Klang Lama) adalah di bawah penyenggaraan Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling. Kerja menurap semula permukaan jalan yang rosak telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2020 dan telah siap pada 12 Oktober 2020 dengan kos RM 369k melalui perolehan sebutharga kerja-kerja MARRIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.