Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

79) Pembakaran Di Hutan Simpan Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan keluasan kawasan hutan simpan yang terbakar sejak 2018 mengikut daerah.

    Jumlah anggaran keluasan kawasan yang terbakar pada tahun 2018 adalah seluas ±3 hektar melibatkan 2 kawasan, tahun 2019 seluas ±106 hektar melibatkan 3 kawasan manakala tahun 2020 seluas ±160 hektar melibatkan 2 kawasan. Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat terperinci keluasan kawasan hutan simpan yang terbakar di negeri Selangor daripada tahun 2018 hingga tahun 2020.

    Terdapat perbezaan keluasan yang amat ketara pada tiga tahun tersebut yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Di antaranya adalah disebabkan oleh faktor cuaca panas/kering yang panjang seperti El-Nino meningkatkan lagi risiko berlakunya kebakaran serta faktor pengurusan hidrologi yang kurang cekap. Selain itu, terdapat juga aktiviti pembersihan tanah bagi tujuan pertanian melalui kaedah pembakaran terbuka masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat setempat dan memberi risiko rebakan kebakaran ke dalam kawasan hutan simpanan kekal.

Lampiran

Tiada Lampiran.