PEMBAKARAN TERBUKA

74) PEMBAKARAN TERBUKA

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah, sedang dan bakal diambil pada mereka yang membakar tanah mereka dan tanah orang lain bagi tujuan pertanian yang menyumbang kesan jerebu hampir setiap bulan

    Pihak Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah sedang mendapatkan ceraian rasmi untuk mengenal pasti pemilik tanah yang terlibat bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik tanah tersebut mengikut peruntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Di samping pendekatan undang-undang Jabatan Alam Sekitar juga melaksanakan program kesedaran untuk mengubah amalan pertanian secara pembakaran terbuka.

Lampiran

Tiada Lampiran.